Assalammualaikum
Salam Sejahtera,
Lusa saya dan anak akan balik ke kampung, Saratok. Ini bermakna saya akan tinggalkan suami seorang diri...huhuhu...bukan tak biasa berpisah, selama 3 tahun perkahwinan, kami memang berjauhan dimana saya bekerja di kampung dan suami bekerja di Miri. Tapi selepas saya berpindah ke sini, memang sukar rasanya berjauhan lagi... Kali ini saya akan kembali ke kampung kerana kesihatan ayah sering tak menentu. Ayah akan membuat pembedahan untuk membuang ketumbuhan di bahagian lehernya pada 2/5/2013 nanti di kuching. Rasa hati amatlah takut selepas mendapat penerangan dari doktor pakar yang merawat ayah, tapi apakan daya saya sebagai seorang anak untuk menghalang ayah kerana ayah amat berkuat untuk menjalankan pembedahan tersebut setelah mengetahui risikonya. Tapi saya berdoa semoga pembedahan tersebut berjalan dengan jayanya dan ayah kembali seperti sediakala. Untuk pengetahuan semua, ayah saya juga merupakan pesakit buah pinggang dimana kedua-dua buah pinggang telah rosak. Peratusan untuk anak-anak menderma buah pinggang adalah amat kecil kerana kami adalah anak-anak ayah... Ayah menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu dan ini menghadkan ayah untuk pergi jauh kerana ayah akan mejalankan rawatan dialisis selang sehari. Minggu lepas, ayah telah dimasukkan ubat sebelum menjalankan pembedahan minggu hadapan, Keadaan ayah amat teruk sehinggakan emak menelefon saya untuk memujuk ayah untuk membatalkan pembedahannya kerana emak amat khuatir dengan kondisi ayah yang amat lemah dan tidak berdaya seperti selalunya. Hasrat emak saya telah sampaikan tetapi ayah tetap menolak. Saya hanya tawakal kepada Allah semoga Allah tentukan yang terbaik untuk kami semua. Baiklah semua, semoga kita menghargai setiap tubuh badan yang Allah pinjamkan untuk kita, jaga sebaiknya kerana kita tidak tahu bila tempoh tamat kita diberikan Allah menggunakan anggota badan kita. Semoga semua dalam lindungan Allah selalu
Jazakallah...
Selamat Malam semua...
No comments:
Post a Comment