Wednesday, 24 April 2013

Trend Gwiyomi Plak Skarang Ni

Assalammualaikum
Salam sejahtera

Hari ni masa dok tengok-tengok youtube kan, Saya tengok banyak yang upload video Gwiyomi. Hari tu, suami tanya apa gwiyomi tuh? saya ni pekak trend skit, sampai saya tak tau bila plak harlem shake tu datang dan hilang..huhuhu...saya join lah tengok ngan suami, ada yang lucu, ada yang naik malu gak saya tengok coz semua budget comel a.k.a cute kan? Ada yang kene kutuk ada gak yang kene puji... herm...Apa yang saya dapat lihat gwiyomi nih may be lah satu ekspresi seseorang kot, coz saya tengok sepanjang video macam-macam ekspresi yang diorang buat... Tapi kalau takut kene kutuk video yang korang buat tak yah lah upload dalam youtube coz nanti buat sakit mata tengok segala komen yang muncul... ok lah... kalau nak comel tuh... sentiasalah murahkan wajah kita dengan senyuman ok...Baiklah saya pun nak kemas-kemas barang-barang tuk balik kampung nih, nanti lamalah saya tak update blog ni (walaupun saya tahu tak der yang baca kot) coz kat kampung kurang skit line internetnye...ade pun kampung tanpa wayar tapi macam tak berfungsi jer. Baiklah stakat sini yer..jaga diri semua...

Jazakallah...

Tuesday, 23 April 2013

Pulang Ke kampung

Assalammualaikum 
Salam Sejahtera,

Lusa saya dan anak akan balik ke kampung, Saratok. Ini bermakna saya akan tinggalkan suami seorang diri...huhuhu...bukan tak biasa berpisah, selama 3 tahun perkahwinan, kami memang berjauhan dimana saya bekerja di kampung dan suami bekerja di Miri. Tapi selepas saya berpindah ke sini, memang sukar rasanya berjauhan lagi... Kali ini saya akan kembali ke kampung kerana kesihatan ayah sering tak menentu. Ayah akan membuat pembedahan untuk membuang ketumbuhan di bahagian lehernya pada 2/5/2013 nanti di kuching. Rasa hati amatlah takut selepas mendapat penerangan dari doktor pakar yang merawat ayah, tapi apakan daya saya sebagai seorang anak untuk menghalang ayah kerana ayah amat berkuat untuk menjalankan pembedahan tersebut setelah mengetahui risikonya. Tapi saya berdoa semoga pembedahan tersebut berjalan dengan jayanya dan ayah kembali seperti sediakala. Untuk pengetahuan semua, ayah saya juga merupakan pesakit buah pinggang dimana kedua-dua buah pinggang telah rosak. Peratusan untuk anak-anak menderma buah pinggang adalah amat kecil kerana kami adalah anak-anak ayah... Ayah menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu dan ini menghadkan ayah untuk pergi jauh kerana ayah akan mejalankan rawatan dialisis selang sehari. Minggu lepas, ayah telah dimasukkan ubat sebelum menjalankan pembedahan minggu hadapan, Keadaan ayah amat teruk sehinggakan emak menelefon saya untuk memujuk ayah untuk membatalkan pembedahannya kerana emak amat khuatir dengan kondisi ayah yang amat lemah dan tidak berdaya seperti selalunya. Hasrat emak saya telah sampaikan tetapi ayah tetap menolak. Saya hanya tawakal kepada Allah semoga Allah tentukan yang terbaik untuk kami semua. Baiklah semua, semoga kita menghargai setiap tubuh badan yang Allah pinjamkan untuk kita, jaga sebaiknya kerana kita tidak tahu bila tempoh tamat kita diberikan Allah menggunakan anggota badan kita. Semoga semua dalam lindungan Allah selalu

Jazakallah...
Selamat Malam semua...

Monday, 22 April 2013

Baru Bermula

Assalammualaikum,
Salam sejahtera.

Ini adalah salam pertama saya kepada semua. Kemungkinan ada yang membaca mungkin saya hanya bermimpi untuk menulis di blog ini. Saya harap satu masa nanti saya ada idea-idea untuk menulis samaada berkongsi minat, aktiviti, cerita, resepi dan macam-macam lagi. Saya harap ada yang akan sudi follow blog saya ini. Baiklah, buat pertama sekali saya akan memperkenalkan diri saya. Nama saya Noorazie Binti Jahari, berumur 26 tahun pada tahun ini. Alhamdulillah...Allah masih panjangkan umur saya untuk merasai nikmat yang Allah berikan kepada kita. Saya merupakan isteri yang banyak kekurangan....Alhamdulillah, Allah berikan saya suami yang mencukupi segala kelemahan saya. Saya berdoa semoga jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat...Aamin... Saya juga seorang ibu, mudah-mudahan saya dijadikan ibu yang mithali... Anak saya Muhammad Aqmar Iman sekarang berumur 4 Tahun...Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Oklah...sampai disini perkenalan saya kepada semua...semoga kita berada dalam keadaan aman dan sentiasa dalam lindungan Allah...

Jazakallah...
Semoga bertemu lagi...